Latarbelakang hidupku

Tuesday, May 26, 2009 14:37
Posted in category diriku

Hari ni aku terasa nak cerita sedikit pasal latarbelakang keluargaku. Aku dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang besar di Kampung Batu Balai Kuala Krai Kelantan. Ayah kesayanganku bernama Kasim Bin Isa dan Mak pula Khadijah Ibrahim (cam nama artis ekkk). Aku abadikan nama ayah dalam Zilakasim Quilt Shop. Bangga bila orang sebut Zilakasim gitu.

Ayah telah menghembuskan nafas terakhir pada malam raya aidilfiri tahun 2007. Kami tidak menyambut hari raya pada tahun tersebut, masih terbayang-bayang senyuman ayah melihat kepulangan semua anak bagi menyambut raya. Ayah sempat menegur kak long supaya pandai buat ketupat daun palas, masih teringat kata-kata dia ‘nanti kalu orang tua dah tak ada, sape nak buat ketupat ni lagi’…. sedih bila teringat semua tu…. setiap kali aku berbicara pasal ayah, airmata mesti mengalir, hanya orang yang pernah merasa kehilangan ayah yang akan memahami situasi bahawa betapa rindunya pada seorang ayah.

Aku akan balik kampung pada 13 Jun ini untuk urusan pembahagian harta pusaka ayah, harta bagi aku hanya sebagai bekal dalam kehidupan tetapi kasih sayang ayah itu lebih tinggi nilainya. Prinsip adik-beradik aku, jangan berebut harta, jaga ikatan kekeluargaan itu lebih penting….

Aku dah tak boleh nak tulis lagi, airmata dah cam nak kuar ni….. wawawawwawawa Al fatihah untuk ayahanda tercinta KASIM BIN ISA

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.