Takutnya
Wednesday, August 4, 2010 10:40Hari ni aku nak cerita sikit pasal org nak ragut…. ni pengalaman ngeri dalam hidup aku… takutnya Allah saje yg tahu…. benda ni berlaku 2 minggu lepas…. ceritanya camni… aku n Kak Rozita telah mengeluarkan cash kat ATM… pastu aku dok syok layan blackberry sambil jln2… pastu kak Rozita ajak aku masuk ke dalam kedai utk beli brg… tanpa aku perasan, ada seorang mamat bangla telah mengekori kami dari ATM lagi sampai kat kedai tu… aku masih syok layan blackberry… tup2 kak rozita ajak aku kuar dari kedai n terus ambik blackberry aku… terkezut aku n terus dia inform ada mamat baju hijau ikut we all dari tadi lagi… cam nak pengsan jap aku… pucat muka masa tu… kalu toreh ngan pisau pun tak kuar darah kot… pastu we all terus g kedai yg kami nak tuju…. mamat tu mmg dari tadi ikut kami dari belakang… belum sempat nak ragut kot sbb ramai org… terus kami masuk kedai n beli brg …. kami inform tokei kedai tu n dia inform hati2 sekarang… peragut mmg ramai now.. pastu dia minta driver dia temankan kami hingga ke kereta… mamat tu masih menunggu kat seberang jalan… masih berharap untuk ragut kami… oleh kerana kami lama kat kat kedai dia pun blah juga akhirmya… syukur Allah masih melindungi kami berdua… amin… moral of the story jgn syok2 layan tepon masa kat public area… lagi satu yg kami dapat simpulkan kalu org cuba ekori kita n kita menyedarinya… pandang orang tu… pastikan dia tahu kita tahu dia mengekori kita… dalam keadaan begitu dia pasti takut untuk ragut kita sbb kita boleh menjerit minta tolong…… sejak dari hari tu aku mmg rasa takut sgt nak kuar sorang2 now… awwawwawawwawa… apa2 aku kena lalui juga coz ni la hidup aku kat kl ni nak cara rezeki yg halal…. harap2 Allah sentiasa melindungi aku… aminnn
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.







